Setelah kalah Sabtu lepas, aku taklah mengharapkan sangat United main dengan menarik lawan dengan the Hammers pagi tadi. Pada pandangan aku cukop la dengan kemenangan 1-0 untuk memulihkan balik semangat pemain-pemain United.
Hehehe tak sangka pulak boleh menang dengan selesa sampai 3-0 sebab form team West Ham kebelakangan neh agak baik jugak...sampai boleh naik ke kedudukan pertengahan liga.
Sapa sangka yang Foster akan bermain dalam perlawanan tu, siap dapat clean sheet lagi hahahaha. Vidic telah kembali untuk mengukuhkan barisan pertahanan United yang nampak goyak sejak kebelakangan neh. Hmmm baru la confident tengok game lepaih neh huhuhu. Ando kembali mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan...malangnya baru main 10,15 minit dah tercedera. Malang sungguh...
Lagi satu perkara yang menarik perhatian aku ialah jaringan Rooney. Bukan pasal rekod jaringan 19 gol dalam 19 perlawanan tu. Itu memang semua orang dok bercakap. Aku tertarik dengan kemampuan Roo buat tandukan. Memang dia kata dia banyak buat latihan dari aspek memperbaiki kelemahan tandukan dia
Nampaknya penat lelah dia berusaha tu dah berhasil. Cayalah Wazza
Wednesday, February 24, 2010
Sunday, February 21, 2010
TUMBANG DI GOODISON PARK
Nampaknya kekalahan malam tadi telah membuktikan bahawa Fergie kena bertindak cepat dengan membawak masuk left winger yang dah established (David Silva? de Maria?) dan seorang attacking midfielder cum playmaker (Hamsik? van der Vaart?) untuk menguatkan pasukan.
Carrick semacam selalu jugak, gagal perform bila berada dalam keadaan tertekan. Game malam tadi teramat jarang nama dia disebut oleh commentator. Bila dah jarang disebut tu sah la yang dia jarang menguasai bola. Arteta dengan Osman memang jadi raja kat tengah padang malam tadi. Bayangkanlah kalo Cahil dan Fellaini tak cedera...
Gary Neville dah melepasi zaman kegemilangan dia dah. Gol kedua Everton semalam dah menunjukkan yang dia dah semakin perlahan untuk turun ke bawah. Nev sekarang dah jadi semacam liabiliti buat pertahanan United. Aku harap sangat Ferguson tak terlalu bersentimen untuk menurunkan Nev sedangkan dah banyak petunjuk membuktikan dia dah tak mampu beraksi pada tahap tertinggi. Mungkin Nev pon patut sedaq diri jugak hehehe
Brown memang mengecewakan.nampak sangat yang dia tak boleh guide evans semalam...berbeza kalo kita tengok kalo evans main dengan Rio atau Vida.sebabnya ialah Rio dan Vida boleh betoikan positioning evans jika perlu. Selain dari tu,depa jugak boleh cover kalo Evans ada buat silap, umpamanya gol Bilyaletdinov tu.
Pemain terbaik United Untuk perlawanan semalam - Antonio Valencia, satu pilihan yang pada pendapat aku amat tepat. Hanya dia saja yang bermain pada tahap sebenar

Friday, February 19, 2010
Monday, February 15, 2010
AHH...MUSUH LAMA AC MILAN
Awal pagi Rabu neh, jam 3.45 pagi akan berlangsung perlawanan pusingan kedua UEFA Champions League (UCL) antara United dan kelab Itali, AC Milan. United dah dua kali dikecewakan oleh Rossoneri dalam peringkat kalah mati neh. Mungkin perlawanan kali neh menjadi third time lucky untuk the Red Devils
Tapi nasib kedua-dua gergasi Eropah ini boleh dikatakan serupa. Kedua-dua kelab telah kehilangan pemain bintang masing masing iaitu Cristiano Ronaldo dan Kaka kepada Real Madrid dengan yuran perpindahan mencecah hampir 150 juta pound. Memang la jumlah tu cukop lumayan tapi masing-masing tidak membuat pembelian besar musim ini
Anderson dan Vidic khabarnya tak ikut sekali terbang ke San Siro untuk menghadapi perlawanan tersebut. Adakah depa berdua belum pulih daripada kecederaan masing-masing? Atau mungkinkah Fergie nak bagi hint bahawa masa depan depa dengan United sudah hampir sampai ke penghujung? Aku pon susah nak cakap. Harap-harap depa tu betoi-betoi tengah cedera sekarang
Fergie dah membayangkan yang dia akan bermain formasi 4-5-1 pada perlawanan tu nanti. Nampaknya takdak peluang la Berba nak main first eleven kali neh. Rooney akan jadi penyerang tunggal di hadapan. Nama Park dan Fletcher dah hampir pasti naik setiap kali pengurus menggunakan formasi ini dan bermain secara counter-attack yang memang jadi kelebihan pasukan United
Thursday, February 11, 2010
"MENANG" WALAUPON CUMA SERI 1-1
Mungkin ada yang panggil aku bodoh atau perasan bila baca tajuk di atas nu. Suka hati hangpa la hehehe, hak masing-masing
Aku rasa aku ada bukti wajar untuk berkata lagu tu bila kita tengok game pagi tadi tu
1. Chelshit kalah mengejut kepada Everton (hehehe terima kasih Louis Saha), maknanya jurang mata dah tinggal HANYA 1 mata. Goal Difference depa pon kurang 1 gol la hahahaha
2. Pemain-pemain United menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupon terpaksa bermain dengan 10 orang selama hampir sejam. Yang lawaknya aksi United makin mengancam setelah Nani kena kad merah tu wakakaka
3. Pemain United tak mudah hilang fokus walaupon keputusan pengadi sebahagian besaqnya menyebelahi team tuan rumah dan sorakan padu penyokong Villa
4. Chelsea kena bertandang ke OT...satu kelebihan buat United dengan "bantuan" 76,000 penyokong
5. Sentuhan Valencia pon masih hebat lagi walaupon 2,3 menjak neh kena duduk bench. Pening jugak fullback Aston Villa nak marking dia
6. Ferdinand hanya perlu jalani penggantungan sebanyak 2 perlawanan saja lagi. Aku yakin kekentalan pertahanan kita akan kembali seperti selalu selepas tu

Tuesday, February 9, 2010
ASTON VILLA LAWAN YANG LIAT
Pagi nanti pukoi 3.45am ada live perlawanan antara Villa lawan United. Nyaris-nyaris lagi aku nak terlupa. Ingatkan game lawan Villa neh hujung minggu neh hahahaha. Kalau dak mau aku mencarut carut esok pagi... tambah pulak kalo United menangRasanya pagi nanti kita dihidangkan dengan aksi yang jauh berbeza oleh team United...berbeza langsung daripada aksi lemau di OT aritu. masa tu United memang teruk sungguh...sampaikan aku rasa macam nak tutup tv. (tapi aku tengok jugak sampai habeh perlawanan hahaha) Tapi waktu tu memang kita struggle habeh nak cipta kemenangan
Rasanya akan ada perubahan sikit pada first eleven United. Aku jangkakan orang-orang lama macam Giggs dan Scholes akan diturunkan oleh Fergie. Perlawanan sepenting neh memerlukan kepala pemain-veteran untuk guide budak-muda. Kelemahan budak-budak muda ialah depa mudah gelabah bila permainan tak memihak depa...tu yang merapu buat yang bukan-bukan tu
Fletcher dah tentu main game neh sebab dia akan ditugaskan untuk jahanamkan gerakan-gerakan yang dibuat barisan midfield lawan yang diketuai James Milner. Aku harap posisi sayap kanan Valencia akan diturunkan. Kalo nampak tak berkesan, masukkan Nani semasa 2nd half
Bahagian pertahanan aku rasa pengurus akan letak Rafael untuk imbangi pace Ashley Young. Kalo nak jadi lauk Villa, mungkin Fergie boleh pertimbangkan untuk letak Nev kat posisi RB tu wakakaka. Vidic harap-harap dapat beraksi pagi nanti. CB kita dalam 3,4 minggu terakhir neh nampak tak berapa solid
Rio Ferdinand masih lagi digantung perlawanan.
Sunday, February 7, 2010
UNDIAN KELAYAKAN EURO 2012
Undian bagi menentukan kumpulan bagi kelayakan Euro 2012 Poland-Ukraine telah berlangsung di Warsaw, PolandDan inilah hasilnya....taraaaaa
Nampaknya pasukan-pasukan pilihan seperti Sepanyol, Itali, Jerman, England, Perancis dan Belanda dijangka dapat melayakkan diri daripada group masing-masing
Itu yang kita nampak kat atas kertas la...kat atas padang belum tentu lagi. Bak kata orang, bola tu bulat. Macam-macam kejutan boleh berlaku
Tungguuuuuuuuu....
Friday, February 5, 2010
MENGENANG TRAGEDI MUNICH 1958
Masa tu depa baru balik daripada menyertai perlawanan menentang Red Star Belgrade dalam kejohanan Piala Eropah (United adalah pasukan pertama di England yang masuk Piala Eropah walaupon di halang FA kononnya kelab-kelab eropah lain tak setanding dengan team-team Inggeris) . Perlawanan tu main kat Yugoslavia, nak tak nak terpaksa la naik kapal terbang.
Pesawat yang depa naiki tu terhempas selepas pilot cuba buat landing untuk kali yang ke 3 untuk mengisi minyak on the way nak balik ke England. Ya la..pesawat zaman dulu mana la tangki minyak dia besar macam yang dok ada zaman la neh. Pilot tu sebelumya telah tolak cadangan pasukan untuk bermalam di Munich.
Melalui pembacaan aku dalam majalah rasmi kelab, Inside United, keeper Harry Gregg la yang dok tarik kawan-kawan dia daripada bangkai pesawat "suwey" tu. Hish tak dapat aku nak bayangkan macam mana perasaan si Gregg tu...memang ngeri gila la. Antara Busby Babes yang terkorban ialah:
Roger Byrne (kapten)
Geoff Bent
Tommy Taylor
Billy Whelan
Mark Jones
David Pegg
Eddie Colman
Duncan Edwards (mati selepas 15 hari pesawat terhempas)
Maka musnah la impian Matt Busby nak menang Piala Eropah bersama dengan barisan pemain remaja dia. Adakah Busby sekadar duduk diam,menangis dan menyalahkan takdir Tuhan?
Ohh tidak...itu bukan manusia bernama Matt Busby. Sedangkan semasa kat hospital Munich tu, walaupon dia cedera parah, patah tulang...muka sampai jadi kelabu, dia tetap cekal bertahan. Doktor bangsa Jerman yang rawat dia pon mulanya kata takdak harapan. Selepas 5 hari terima rawatan Busby dah mula tunjukkan tindak balas yang positif
Anak dia Sandy (lelaki tau, aku mula-mula baca artikel dalam Inside United pon ingat anak dia pompuan hahaha) bercerita yang sebulan selepas kejadian tu bapak dia dah paksa diri untuk bekerja. Gila babi betoi orang tua neh hehehe
Mula-mula dia berjalan dengan bantuan tongkat. Lepas tu dia dah buang tongkat tu...dia nak berjalan sendiri. David Sadler kata Busby tak benarkan sesiapa pon bantu dia. Dia sanggup berjalan perlahan-lahan sambil memegang dinding Old Trafford untuk pergi ke pejabat dia. Memang hebat!
Siapa sangka 10 tahun selepas tu, Matt Busby berjaya capai impian dia membantu United jadi juara Piala Eropah 1968. Antara pemain yang masih kekal dalam pasukan ialah Bobby Charlton dan Bill Foulkes, yang terselamat daripada nahas tragedi Munich tu
Harap-harap esok para pemain United dapat berikan kemenangan ketika bertemu Pompey sebagai hadiah kepada wira-wira Busby Babes 1958
Wednesday, February 3, 2010
UNITED RAPATKAN JURANG MATA
Aku dapat sms daripada seorang kawan (penyokong Chelsea) tadi. Dia kata Chelsea draw 1-1 lawan Hull. Hehehe aku ingatkan dia bohong, rupa-rupanya memang kebenaran dan bukan cobaan. Heh nampaknya kelebihan Chelsea sekarang cuma 2 mata tanpa kelebihan perlawanan dalam tangan
Melalui pembacaan aku di internet, Hull bermain dengan cukup baik, malah sepatutnya boleh mencatatkan kemenangan pada perlawanan tadi. John Terry pula tertekan jiwa raga sebab asyik diboo penyokong-penyokong Hull setiap kali menyentuh bola. Iskk...iskkk kesian sungguh kat "adik" Tiger Woods yang sorang neh wakakaka. Tu la sapa suruh dia main dengan awek kawan sendiri
Ahhh alangkah bahagianya hidup hari ini bergelar peminat Manchester United FC

Monday, February 1, 2010
3-1, MEMANG PUAS HATI
Aku rasa kalau Andrei Arshavin tak lepaskan peluang terbaik pada minit-minit awal tu, hmmm berat jugak United. Dah la main kat tempat lawan. Magik Nani tu benar-benar melemahkan semangat pemain-pemain the Gunners
Gol kedua tu memang membuatkan aku angkat topi kat Rooney. Hangpa bayangkan, dia yang mula kuasai bola dari bawah...turn dan passing kat Nani. Cuba perhatikan berapa jauh Rooney berlari sebelum terima crossing daripada Nani tu. Hebat sungguh dia punya drive,passion masa berlari tu. Tahniah Roo sebab jaringkan gol ke 100 buat kelab
Gol Park tu boleh la kita umpamakan sebagai icing on the cake perlawanan tadi. Bukan senang kita nak tengok Park score gol. Last sekali dia sumbatkan gol masa separuh akhir UEFA Champions League last season tu. Lawan sapa? Arsengal ooppss, Arsenal la hahahaha
Sayang van der Sar tak dapat clean sheet gara-gara pertahanan United tertidur. Kalau tak dapat la dia riakkan diri dengan clean sheet yang ke 100 sejak beraksi untuk United. Tak apa la, cuba lagi next week
Buat penyokong Arsenal, bersedialah untuk melalui tahun ke 6 tanpa sebarang piala. Main cantik pon tak guna kalo tak ada piala sebagai bukti ahaks!
Subscribe to:
Posts (Atom)