Thursday, February 11, 2010

"MENANG" WALAUPON CUMA SERI 1-1

Mungkin ada yang panggil aku bodoh atau perasan bila baca tajuk di atas nu. Suka hati hangpa la hehehe, hak masing-masing

Aku rasa aku ada bukti wajar untuk berkata lagu tu bila kita tengok game pagi tadi tu

1. Chelshit kalah mengejut kepada Everton (hehehe terima kasih Louis Saha), maknanya jurang mata dah tinggal HANYA 1 mata. Goal Difference depa pon kurang 1 gol la hahahaha

2. Pemain-pemain United menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupon terpaksa bermain dengan 10 orang selama hampir sejam. Yang lawaknya aksi United makin mengancam setelah Nani kena kad merah tu wakakaka

3. Pemain United tak mudah hilang fokus walaupon keputusan pengadi sebahagian besaqnya menyebelahi team tuan rumah dan sorakan padu penyokong Villa

4. Chelsea kena bertandang ke OT...satu kelebihan buat United dengan "bantuan" 76,000 penyokong

5. Sentuhan Valencia pon masih hebat lagi walaupon 2,3 menjak neh kena duduk bench. Pening jugak fullback Aston Villa nak marking dia

6. Ferdinand hanya perlu jalani penggantungan sebanyak 2 perlawanan saja lagi. Aku yakin kekentalan pertahanan kita akan kembali seperti selalu selepas tu

No comments:

Post a Comment