Pagi nanti pukoi 3.45am ada live perlawanan antara Villa lawan United. Nyaris-nyaris lagi aku nak terlupa. Ingatkan game lawan Villa neh hujung minggu neh hahahaha. Kalau dak mau aku mencarut carut esok pagi... tambah pulak kalo United menangRasanya pagi nanti kita dihidangkan dengan aksi yang jauh berbeza oleh team United...berbeza langsung daripada aksi lemau di OT aritu. masa tu United memang teruk sungguh...sampaikan aku rasa macam nak tutup tv. (tapi aku tengok jugak sampai habeh perlawanan hahaha) Tapi waktu tu memang kita struggle habeh nak cipta kemenangan
Rasanya akan ada perubahan sikit pada first eleven United. Aku jangkakan orang-orang lama macam Giggs dan Scholes akan diturunkan oleh Fergie. Perlawanan sepenting neh memerlukan kepala pemain-veteran untuk guide budak-muda. Kelemahan budak-budak muda ialah depa mudah gelabah bila permainan tak memihak depa...tu yang merapu buat yang bukan-bukan tu
Fletcher dah tentu main game neh sebab dia akan ditugaskan untuk jahanamkan gerakan-gerakan yang dibuat barisan midfield lawan yang diketuai James Milner. Aku harap posisi sayap kanan Valencia akan diturunkan. Kalo nampak tak berkesan, masukkan Nani semasa 2nd half
Bahagian pertahanan aku rasa pengurus akan letak Rafael untuk imbangi pace Ashley Young. Kalo nak jadi lauk Villa, mungkin Fergie boleh pertimbangkan untuk letak Nev kat posisi RB tu wakakaka. Vidic harap-harap dapat beraksi pagi nanti. CB kita dalam 3,4 minggu terakhir neh nampak tak berapa solid
Rio Ferdinand masih lagi digantung perlawanan.

pungkoq hg la musso,
ReplyDeletearsenal is the best.