Friday, February 5, 2010

MENGENANG TRAGEDI MUNICH 1958

Esok merupakan ulangtahun ke 52 Tragedi Munich, satu sejarah hitam bagi kelab Manchester United. Pada tarikh 6 Februari tu la pesawat yang dinaiki oleh pemain-pemain dan pegawai kelab telah terhempas di dalam keaadaan salji tebal di Munich, Jerman

Masa tu depa baru balik daripada menyertai perlawanan menentang Red Star Belgrade dalam kejohanan Piala Eropah (United adalah pasukan pertama di England yang masuk Piala Eropah walaupon di halang FA kononnya kelab-kelab eropah lain tak setanding dengan team-team Inggeris) . Perlawanan tu main kat Yugoslavia, nak tak nak terpaksa la naik kapal terbang.

Pesawat yang depa naiki tu terhempas selepas pilot cuba buat landing untuk kali yang ke 3 untuk mengisi minyak on the way nak balik ke England. Ya la..pesawat zaman dulu mana la tangki minyak dia besar macam yang dok ada zaman la neh. Pilot tu sebelumya telah tolak cadangan pasukan untuk bermalam di Munich.

Melalui pembacaan aku dalam majalah rasmi kelab, Inside United, keeper Harry Gregg la yang dok tarik kawan-kawan dia daripada bangkai pesawat "suwey" tu. Hish tak dapat aku nak bayangkan macam mana perasaan si Gregg tu...memang ngeri gila la. Antara Busby Babes yang terkorban ialah:

Roger Byrne (kapten)
Geoff Bent
Tommy Taylor
Billy Whelan
Mark Jones
David Pegg
Eddie Colman
Duncan Edwards (mati selepas 15 hari pesawat terhempas)

Maka musnah la impian Matt Busby nak menang Piala Eropah bersama dengan barisan pemain remaja dia. Adakah Busby sekadar duduk diam,menangis dan menyalahkan takdir Tuhan?

Ohh tidak...itu bukan manusia bernama Matt Busby. Sedangkan semasa kat hospital Munich tu, walaupon dia cedera parah, patah tulang...muka sampai jadi kelabu, dia tetap cekal bertahan. Doktor bangsa Jerman yang rawat dia pon mulanya kata takdak harapan. Selepas 5 hari terima rawatan Busby dah mula tunjukkan tindak balas yang positif

Anak dia Sandy (lelaki tau, aku mula-mula baca artikel dalam Inside United pon ingat anak dia pompuan hahaha) bercerita yang sebulan selepas kejadian tu bapak dia dah paksa diri untuk bekerja. Gila babi betoi orang tua neh hehehe

Mula-mula dia berjalan dengan bantuan tongkat. Lepas tu dia dah buang tongkat tu...dia nak berjalan sendiri. David Sadler kata Busby tak benarkan sesiapa pon bantu dia. Dia sanggup berjalan perlahan-lahan sambil memegang dinding Old Trafford untuk pergi ke pejabat dia. Memang hebat!

Siapa sangka 10 tahun selepas tu, Matt Busby berjaya capai impian dia membantu United jadi juara Piala Eropah 1968. Antara pemain yang masih kekal dalam pasukan ialah Bobby Charlton dan Bill Foulkes, yang terselamat daripada nahas tragedi Munich tu

Harap-harap esok para pemain United dapat berikan kemenangan ketika bertemu Pompey sebagai hadiah kepada wira-wira Busby Babes 1958

No comments:

Post a Comment