Monday, February 15, 2010

AHH...MUSUH LAMA AC MILAN

Awal pagi Rabu neh, jam 3.45 pagi akan berlangsung perlawanan pusingan kedua UEFA Champions League (UCL) antara United dan kelab Itali, AC Milan. United dah dua kali dikecewakan oleh Rossoneri dalam peringkat kalah mati neh. Mungkin perlawanan kali neh menjadi third time lucky untuk the Red Devils

Tapi nasib kedua-dua gergasi Eropah ini boleh dikatakan serupa. Kedua-dua kelab telah kehilangan pemain bintang masing masing iaitu Cristiano Ronaldo dan Kaka kepada Real Madrid dengan yuran perpindahan mencecah hampir 150 juta pound. Memang la jumlah tu cukop lumayan tapi masing-masing tidak membuat pembelian besar musim ini

Anderson dan Vidic khabarnya tak ikut sekali terbang ke San Siro untuk menghadapi perlawanan tersebut. Adakah depa berdua belum pulih daripada kecederaan masing-masing? Atau mungkinkah Fergie nak bagi hint bahawa masa depan depa dengan United sudah hampir sampai ke penghujung? Aku pon susah nak cakap. Harap-harap depa tu betoi-betoi tengah cedera sekarang

Fergie dah membayangkan yang dia akan bermain formasi 4-5-1 pada perlawanan tu nanti. Nampaknya takdak peluang la Berba nak main first eleven kali neh. Rooney akan jadi penyerang tunggal di hadapan. Nama Park dan Fletcher dah hampir pasti naik setiap kali pengurus menggunakan formasi ini dan bermain secara counter-attack yang memang jadi kelebihan pasukan United

1 comment:

  1. sakit bijik mata aku ni musso ooit tgk blog hang

    kaler merah menyala.

    try kaler biru laa baru sejuk mata

    haha

    ReplyDelete